Wahai kakakku
kenapa lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja
Wahai adikku
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya
tetapi disitulah wahai adikku
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki
menjadi izzah yang paling gah
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
kerana sendu rayunya
Musa A.S. terselamat dari kekejaman firaun
Duhai adikku
Lembut wanita itu bukan lemah
tetapi senjata
Namun wahai kakakku
Wanita itu fitnah dunia
Pernahkah adikku dengar
pesanan Ilahi pada hambanya?
Wahai lelaki-lelaki yang beriman
tundukkan lah pandangan mu dan tutuplah auratmu
Cuba adik nilai
pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
pada hamba yang bergelar ar-rijal
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita
agar memelihara auratnya
kerana disitulah kehormatannya
Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh
Tetapi kakakku
kenapa wanita itu jadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu??
Wahai adikku sayang
al-haya'
(sifat malu)
ada dalam diri setiap insan
wujudnya dengan nafas insani
dan Al-Haya' itulah pakaian iman
Pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri
Namun
bila mana al-haya' itu lebur
imannya runtuh
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi
Namun adikku
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku
1001 keindahan penciptaan wanita
pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
Wahai adikku
janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu...
menggugurkan diri...
menyembah tanah..
sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu.
No comments:
Post a Comment