*~Mari Menunaikan Solat~*

Friday, November 5, 2010

Tujuh Sunnah Rasulullah S.A.W.

Dah banyak sebenarnya tentang perkara ini. Tak salah saya ulang di blog ini... untuk perkongsian, dan teladan bersama...

Jom, kita sentiasa jaga tujuh sunnah Rasulullah s.a.w. setiap hari.

1. Tahajjud.
-Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
-Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya mata
membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

3. Jangan tinggalkan masjid.
-Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi
panggilan Allah s.w.t. yang mencari orang beriman untuk memakmurkan
masjid Allah.

4. Jaga solat Dhuha.
-Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.
-Allah suka pada orang yang bersedekah dan malaikat mendoakan untuk
orang yang bersedekah setiap hari.
p/s: senyum kan sedekah... membuat kebajikan dengan membantu
orang atas niat yg betul pun salah satu bentuk sedekah juga.
Lagi, sedekah 10 sen (niat mesti ikhlas) pun jadi.

6. Jaga wuduk terus menerus
-Allah s.w.t. menyayangi hamba yang berwuduk. Khalifah Ali
bin Abi Thalib berkata,
"Orang yang selalu berwuduk senantiasa akan merasa solat walaupun
ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah."

7. Amalkan istighfar setiap saat.
-Dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan
dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.
Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula.
Oleh itu, setiap waktu harus ada penghayatan dalam melaksanakan
ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam yang lainnya. Zikir juga
makanan rohani yang paling berzat dan dengan berzikir, pelbagai
kejahatan dapat dihindari sehingga jauhlah umat manusia dari
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.





No comments:

Post a Comment