*~Mari Menunaikan Solat~*

Monday, December 24, 2012

Jangan patah semangat




Jangan berputus asa apabila gagal mencapai matlamat. Pasti ada sebab di sebalik kegagalan itu dan pasti ada  jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang berlaku.

Tahun ini banyak matlamat saya yang tak dapat dicapai. Tertamanya bab agama. Tapi.. tak mengapa. Bina semula azam baru. Dah masuk bulan Safar, 11, 1434H. Masih belum terlambat...


Hajat saya untuk diusahakan semula mulai hari ini:


1. Solat awal  setiap 5 waktu. Perangi rasa malas.. Atau perasan sibuk. Jaga hubungan dengan Allah s.w.t. InsyaAllah, hungan dengan manusia pun dapat dijaga dengan baik.

2. Hafal Al-Quran. Hajat ni perlu bermula serentak dengan memperkukuh hukum tajwid. Dapatkan guru yang bertauliah.. Lazimkan membaca al-Quran setiap hari.

3. Solat sunat subuh. Get active start from fajr! InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar dalam urusan belajar saya.

4. Berjalan waktu pagi setiap hari, 3 minggu sebulan. 10-15 minit. Berusaha maju jaya! Elakkan tidur lepas subuh dengan membuat aktiviti nie....

5. Rajinkan diri menyelidik setiap hari. Sudah tentuler skop penyelidikan tu adalah phd saya... Astronomi juga bidang yang saya minat, tapi bukan keutamaan. Bila ada masa lapang, dapatlah mengkaji sikit2 sebagai amatur.

6. Belajar pelbagai masakan.  Hanya untuk kepelbagaian dalam pilihan menu masakan sendiri.

7. Belajar menjahit.  Apabila dah tak sibuk dengan eksperimen...

8. Improve soft skill. Bahasa Inggeris. Bulan Julai lepas ada masuk kelas BI, dapat sponsor separuh yuran oleh GSO.... Alhamdulillah & terima kasih kawan sebab ajak join sekali. :)

9. Luangkan masa selalu dengan keluarga. Precious time..

10. I save this one to myself.




No comments:

Post a Comment