Monday, November 14, 2011
Wish List
1. Belajar menjahit. Sekarang nie cuma tau jahit bahagian yang tertetas atau koyak je. Target: mampu jahit baju kurung sendiri. Beli mesin jahit. <-- kumpul duit.
2. Praktis memasak. Cuma ada peluang bila balik rumah. Kat kolej, terhad dan kalau selalu guna periuk nasi untuk masak segala, memang suatu hari nanti akan kantoi juga. Jadi, bila balik rumah, conquer dapur. The choice of menu, let they choose, negotiable. Hehe..
3. Hafal Quran. Dah lama nak hafal, tapi banyak halangan sebelum nie. Sekarang mulakan dengan surah2 lazim, surah al-kahfi, surah yaasin.
4. Useful PhD with 5 impact factor journal paper.
5. Jadi cantik (tersembur!). Jadi kemas, sihat dan bersih sudah.....
6. Improve soft skill. Aduh... Cari kelas bercakap bahasa inggeris. British council? Hmm.... +-RM600 kot. Kumpul duit. Buat masa sekarang praktis sorang2 je dulu. atau cakap ngan foreigner iranian/negro yg tak reti cakap bahasa melayu.
Jia you!
Sunday, November 13, 2011
Dosa
"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."
Tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah....
Ingat mati.
Hari ini, terasa nak pergi sangat2 ke persembahan tu. Tapi fikir baik dan buruknya, langkah terbaik adalah tinggal di bilik sahaja. :')
Tok cu baru sahaja meninggal hari khamis lepas. Rasa terkilan sebab tak meluangkan masa dengan tok cu lebih lagi sebelum nie. Masa kecik2 dulu, memang selalu juga tinggal kat rumah tok cu, main-main kat situ. Tok cu seorang yang baik hati. Dia start sakit jantung sejak saya sekolah rendah lagi.
Buah pinggang dah tak dapat diselamatkan lagi. Keadaan tok cu kritikal selepas didapati paru-paru berair/dijangkiti kuman....
Tarikh meninggal: Khamis, 10 November 2011. Masa: 8:16 pagi. Salah tau sebab kematian: Septic stroke. Harman bin Yeob/ Khatijah.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Semoga dosa-dosa tok cu diampunkan dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
