*~Mari Menunaikan Solat~*

Wednesday, December 28, 2011

Bulan disember 2011 yang menghampiri penghujungnya.





Hari nie tetiba nak update ketiga-tiga blog saya. I have my own target. Milestones? Target sehingga akhir 2012 (kecuali PhD), mencapai separuh apa yang diusahakan, insyaAllah. Boleh tengok wish list di sini...----->Klik.



Nak tambah lagi...

7. Get fit. Normally, if we want to get healthy, we are suggested to joging 3 times per day week. Make it 4 times per week.

8. Solat tahajud di samping menjaga solat lima waktu. Kata seorang muslim bijak pandai, kalau kita tak mampu solat tahajud, itu adalah disebabkan beratnya dosa yang kita lakukan. Jadi, perlu memohon ampun kepada Allah s.w.t. banyak2.

Berusaha untuk solat tahajud sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu (bila tak period...)

9. Solat sunat subuh. Banyak kebaikannya. Believe it or not... Personally, I just want to get active starting from fajr.


InsyaAllah.
Jia you!



Tuesday, December 20, 2011

Simpan di sini! :)




Suka kumpul kata-kata motivasi.... Semoga bermanfaat.



Imam Syafie pernah berkata...


"Sesiapa yang mempelajari al QURAN, besar harga dirinya. sesiapa yang mempelajari HADIS, tinggi martabatnya, sesiapa yang mempelajari BAHASA, lembut hatinya, sesiapa yang mempelajari MATEMATIK, tajam pandangannya dan sesiapa yang tidak memelihara dirinya.. maka tidak bererti ilmunya"





Thursday, December 15, 2011

Mencari semangat




1. Mencari semangat dengan makanan. Lepas makan, tidur. Akhirnya kegemukan melanda!

2. Mencari semangat dengan hanging out with friends. Ops, terspeking omputih. Akhirnya jadi malas sebab keluar lagi seronok daripada buat kerja!

3. Mencari semangat dengan joging. Lepas joging, terasa lapar. Lalu makan sepuas-puasnya lalu ngantuk dan tidur. Gemuk LAGI.....

4. Mencari semangat dengan membeli buku-buku kesukaan. Terlalu asyik membaca hingga mengabaikan kerja hakiki....

5. Menulis entri blog. Ataupun ikut cakap orang, blogging. Rasa macam tin kosong pula bila buat entri berunsur nasihat tapi diri sendiri pun tak teramal sangat apa yang ditulis...

Nasihat sepanjang zaman: 
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

7. Buat je kerja. Just do it.
 
Usaha, doa dan tawakal.


p/s: Pastikan yang ori tanpa plagiat. ;)
No. 6 dah padam sebab tak best... :)