Pukul 11 pm! Jia you, Mida. You can do it.
Friday, November 4, 2011
Monday, October 31, 2011
Cinta Fitrah dan Istighfar
'Cinta fitrah akan tetap fitrah apabila ia berhias istighfar dan mujahadah.'
Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali setiap hari." (Riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada 70 kali." (Riwayat al-Bukhari)
Sunday, October 30, 2011
Teknik Komunikasi Rasulullah s.a.w.
Daripada rancangan Law Kana Bainana.
(Andai Rasulullah bersama kita.)
Tak dapat tengok video? Jom baca intipati di bawah:
Interaksi sesama manusia adalah satu seni. Seni ini perlu dikuasai oleh seseorang yang ingin mempengaruhi orang lain. Rasul kesayangan kita s.a.w. memiliki seni tersebut. Baginda tahu teknik pergaulan yang berjaya mempengaruhi orang lain.
Seni interaksi Rasulullah s.a.w.:
1. Persamaan.
Cuba untuk mengikut rentak orang di hadapan anda.
2. Senyuman.
Senyuman mampu mencuri hati orang lain. Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan senyuman setiap kali salah seorang sahabat bertemu dengannya. Sehinggakan Nabi s.a.w. digelar sebagai "Wajah yang sentiasa tersenyum".
Sebahagian kita mempercayai Rasulullah sentiasa dalam keadaan bersedih. Tidak, Rasulullah tidak begitu. Sebenarnya, Nabi s.a.w. sentiasa bersenyum. Kesedihan dan kemarahan hanya berlaku dalam beberapa situasi tetapi bukan menjadi kebiasaan baginda.
3. Memberikan perhatian kepada orang lain.
Iaitu memperlihatkan kesungguhan dan hormat kepada seseorang.
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. jika dia menoleh, dia akan menggerakkan seluruh badannya.
4. Berkongsi keprihatinan orang lain.
Perkara penting yang mampu mempengaruhi orang lain ialah melihat kecenderungannya. Bicara perkara yang dia suka. Begitulah yang dilakukan Rasulullah s.a.w.
5. Lemah lembut dalam pergaulan.
Manusia yang paling lembut dalam pergaulan ialah Nabi s.a.w.
6. Tidak menyalahkan orang lain di depan khalayak.
Cara baginda menegur seseorang ialah baginda tidak akan melakukan di depan khalayak ramai atau menyebut namanya.
Inilah yang dilakukan Nabi s.a.w. yang berjaya menarik generasi Mekah, Madinah dan sekitarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

