*~Mari Menunaikan Solat~*

Wednesday, December 28, 2011

Bulan disember 2011 yang menghampiri penghujungnya.





Hari nie tetiba nak update ketiga-tiga blog saya. I have my own target. Milestones? Target sehingga akhir 2012 (kecuali PhD), mencapai separuh apa yang diusahakan, insyaAllah. Boleh tengok wish list di sini...----->Klik.



Nak tambah lagi...

7. Get fit. Normally, if we want to get healthy, we are suggested to joging 3 times per day week. Make it 4 times per week.

8. Solat tahajud di samping menjaga solat lima waktu. Kata seorang muslim bijak pandai, kalau kita tak mampu solat tahajud, itu adalah disebabkan beratnya dosa yang kita lakukan. Jadi, perlu memohon ampun kepada Allah s.w.t. banyak2.

Berusaha untuk solat tahajud sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu (bila tak period...)

9. Solat sunat subuh. Banyak kebaikannya. Believe it or not... Personally, I just want to get active starting from fajr.


InsyaAllah.
Jia you!



Tuesday, December 20, 2011

Simpan di sini! :)




Suka kumpul kata-kata motivasi.... Semoga bermanfaat.



Imam Syafie pernah berkata...


"Sesiapa yang mempelajari al QURAN, besar harga dirinya. sesiapa yang mempelajari HADIS, tinggi martabatnya, sesiapa yang mempelajari BAHASA, lembut hatinya, sesiapa yang mempelajari MATEMATIK, tajam pandangannya dan sesiapa yang tidak memelihara dirinya.. maka tidak bererti ilmunya"





Thursday, December 15, 2011

Mencari semangat




1. Mencari semangat dengan makanan. Lepas makan, tidur. Akhirnya kegemukan melanda!

2. Mencari semangat dengan hanging out with friends. Ops, terspeking omputih. Akhirnya jadi malas sebab keluar lagi seronok daripada buat kerja!

3. Mencari semangat dengan joging. Lepas joging, terasa lapar. Lalu makan sepuas-puasnya lalu ngantuk dan tidur. Gemuk LAGI.....

4. Mencari semangat dengan membeli buku-buku kesukaan. Terlalu asyik membaca hingga mengabaikan kerja hakiki....

5. Menulis entri blog. Ataupun ikut cakap orang, blogging. Rasa macam tin kosong pula bila buat entri berunsur nasihat tapi diri sendiri pun tak teramal sangat apa yang ditulis...

Nasihat sepanjang zaman: 
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

7. Buat je kerja. Just do it.
 
Usaha, doa dan tawakal.


p/s: Pastikan yang ori tanpa plagiat. ;)
No. 6 dah padam sebab tak best... :)




Wednesday, December 7, 2011

Feeling Down



OK. NO MORE ENTERTAINMENT TO FILL THE EMPTY ROOM. It's time to get serious in my work.


ALLAH tidak menciptakan manusia hodoh…
Tetapi ALLAH mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza…
Jadi…
Janganlah bersedih dan merendah diri akan rupa paras mu…
Kerana kecantikan yang abadi terletak pada akhlaknya…
Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya…
InsyaAllah.

 Let's put a smile on your face!


Thursday, December 1, 2011

Cantiknya Aurora....


*Bile dah susah tidur... Inilah yang saya suka buat. Tengok video... huhu


Hari nie baru saya tau... Ada dua jenis aurora. 

1. Aurora Australis (The Southern Lights) and 
2. Aurora Boreaulis (The Northern Lights)



Aurora Australis






Aurora Boreaulis






Kalau nak faham macam mana aurora tu terjadi, jom tengok video nie....








Nak simpan video dalam entri nie...daripada International Space Station (ISS) ketika krew ekpedisi diorang mengelilingi bumi selama 90 minit. Dapat tengok aurora warna merah dan hijau dalam video nie:




Earth | Time Lapse View from Space, Fly Over | NASA, ISS from Michael König on Vimeo.



Explanation (taken from Astronomy Picture of the Day): 

What is it like to circle the Earth? Every 90 minutes, astronauts aboard the International Space Station experience just that. Recently, crew members took a series of light-sensitive videos looking down at night that have been digitally fused to produce the above time-lapse video. Many wonders of the land and sky are visible in the eighteen sequences, including red aurora above green aurora, lights from many major cities, and stars in the background. Looming at the top of the frame is usually part of the space station itself, sometimes seen re-orienting solar panels. Please help create a useful companion guide for this moving video by identifying landmarks, cities, countries, weather phenomena, and even background constellations that appear.





Tuesday, November 29, 2011

Gadis yang ganjil





Ayat main petik je daripada facebook... hehe..



Gadis yg berniqab, ganjil?
Gadis yg menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
Gadis yg melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
Gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
Gadis yg malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
Gadis yg pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
Gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
Gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
Gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
Gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
Gadis yg tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
Gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
Gadis yang ganjil?


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)




Hmm.... bukan senang nak jadi orang yang 'ganjil'. Lebih-lebih lagi jika kawan-kawan bukan dalam kelompok yang ganjil....

Akhirat lebih penting daripada dunia. Jika benar-benar sayangkan kawan2, kita sendiri yang sepatutnya berubah ke arah yang Allah sukai. Pengaruhi kawan2 dengan perbuatan dan kelakuan yang Tuhan redhai.







Jia you! *nak jugak taip nie kan..........

Saturday, November 26, 2011

Waktu pagi.




*Siang

Look at the sky. Cantik kan? Langit biru, nyaman mata memandang. Awan macam kapas putih yang sedang bergerak. Laju....tapi tak melebihi selaju pergerakan kapal terbang kat udara. Cahaya matahari yang cantik. Ops, jangan tengok matahari secara terus, boleh rosak mata. :p


Luar bilik, burung-burung sedang lepak di tepi tingkap. Comel. Ada yang terbang meluncur, ada yang terbang secara rawak, macam mabuk. Huhuh...


So, what's the point I post this entry? Memerhati alam kejadian Allah yang cantik dan indah nie dapat menenangkan diri, mendamaikan hati.


Peace......





Wednesday, November 23, 2011

Sad

Tears keep pouring out straight from my heart.
..but then I remember this advice from a friend:

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Diet dan tahap kerajinan penyelidikan


Diet


Kembali ke zaman matrix. 


Makan malam yang berat?
X
Lunch berat (nasi)?
/
Sarapan pagi (oat)
/
Puasa (sekurang-kurangnya seminggu sekali)?
/



Plus, no fast food. Sebab membazir, muak, menggemukkan, memalaskan diri.... Apa-apa je lah yang negatif. Hehhe... Ganti dengan kismis Rm 1 sebab nak menguatkan daya ingatan dan makan baik untuk kecerdasan minda.



Tahap kerajinan belajar atau buat penyelidikan:  1/9.


Berusaha lagi!
You can do it!


Jia you. :)


So it's raining..




Saya suka hujan... Mood akan menjadi lebih baik apabila hujan.

:)

Alhamdulillah, hujan nie menyejukkan bumi... Tak perlu nak buat kipas berputar laju-laju.
Mm... nak tau tentang hujan batu? Klik di sini------> Hail





Thursday, November 17, 2011

hihihi.....

Eh, nape tetibe gelak tergedik nie? :p
Ada kawan baru dari Yaman, mulai bulan nie, tinggal depan bilik. Baru habis berborak dengan dia. Namanya simple je... Aida.

Berbelit juge ler lidah nak speking london nie. Apo kono eh... gagap.    Nervous? Bantai je lah.... Asalkan keluar bunyi. Tapi bukan bunyi semut.

Her english is so much better than me. It's okay though, I can still be able to communicate as long as both of us understand what we are trying to say. I remember she said this:

"Language is practice."

Profound advice. :)) Thank you very much. 


Monday, November 14, 2011

Wish List






1. Belajar menjahit. Sekarang nie cuma tau jahit bahagian yang tertetas atau koyak je. Target:  mampu jahit baju kurung sendiri. Beli mesin jahit. <-- kumpul duit.

2. Praktis memasak. Cuma ada peluang bila balik rumah. Kat kolej, terhad dan kalau selalu guna periuk nasi untuk masak segala, memang suatu hari nanti akan kantoi juga. Jadi, bila balik rumah, conquer dapur. The choice of menu, let they choose, negotiable. Hehe..

3. Hafal Quran. Dah lama nak hafal, tapi banyak halangan sebelum nie. Sekarang mulakan dengan surah2 lazim, surah al-kahfi, surah yaasin.

4. Useful PhD with 5 impact factor journal paper.

5.  Jadi cantik (tersembur!). Jadi kemas, sihat dan bersih sudah.....

6. Improve soft skill. Aduh... Cari kelas bercakap bahasa inggeris. British council? Hmm.... +-RM600 kot. Kumpul duit. Buat masa sekarang praktis sorang2 je dulu. atau cakap ngan foreigner iranian/negro yg tak reti cakap bahasa melayu.


Jia you!


Sunday, November 13, 2011

Dosa







"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."



Tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah....









Ingat mati.






Hari ini, terasa nak pergi sangat2 ke persembahan tu. Tapi fikir baik dan buruknya, langkah terbaik adalah tinggal di bilik sahaja. :')


Tok cu baru sahaja meninggal hari khamis lepas. Rasa terkilan sebab tak meluangkan masa dengan tok cu lebih lagi sebelum nie. Masa kecik2 dulu, memang selalu juga tinggal kat rumah tok cu, main-main kat situ. Tok cu seorang yang baik hati. Dia start sakit jantung sejak saya sekolah rendah lagi.


Buah pinggang dah tak dapat diselamatkan lagi. Keadaan tok cu kritikal selepas didapati paru-paru berair/dijangkiti kuman....

Tarikh meninggal: Khamis, 10 November 2011. Masa: 8:16 pagi. Salah tau sebab kematian: Septic stroke. Harman bin Yeob/ Khatijah.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.


Semoga dosa-dosa tok cu diampunkan dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, insyaAllah.




Friday, November 4, 2011

Bila nak siapkan artikel jurnal?


Pukul 11 pm! Jia you, Mida. You can do it.

Monday, October 31, 2011

Cinta Fitrah dan Istighfar






'Cinta fitrah akan tetap fitrah apabila ia berhias istighfar dan mujahadah.'




Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali setiap hari." (Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada 70 kali." (Riwayat al-Bukhari)






Sunday, October 30, 2011

Teknik Komunikasi Rasulullah s.a.w.





Daripada rancangan Law Kana Bainana.
(Andai Rasulullah bersama kita.)




Tak dapat tengok video? Jom baca intipati di bawah:


Interaksi sesama manusia adalah satu seni. Seni ini perlu dikuasai oleh seseorang yang ingin mempengaruhi orang lain. Rasul kesayangan kita s.a.w. memiliki seni tersebut. Baginda tahu teknik pergaulan yang berjaya mempengaruhi orang lain.



Seni interaksi Rasulullah s.a.w.:


1. Persamaan. 
    Cuba untuk mengikut rentak orang di hadapan anda.


2. Senyuman. 
    Senyuman mampu mencuri hati orang lain. Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan senyuman setiap kali salah seorang sahabat bertemu dengannya. Sehinggakan Nabi s.a.w. digelar sebagai "Wajah yang sentiasa tersenyum".

   Sebahagian kita mempercayai Rasulullah sentiasa dalam keadaan bersedih. Tidak, Rasulullah tidak begitu. Sebenarnya, Nabi s.a.w. sentiasa bersenyum. Kesedihan dan kemarahan hanya berlaku dalam beberapa situasi tetapi bukan menjadi kebiasaan baginda.


3. Memberikan perhatian kepada orang lain. 
    Iaitu memperlihatkan kesungguhan dan hormat kepada seseorang.

    Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. jika dia menoleh, dia akan menggerakkan seluruh badannya.


4. Berkongsi keprihatinan orang lain.
    Perkara penting yang mampu mempengaruhi orang lain ialah melihat kecenderungannya. Bicara perkara yang dia suka. Begitulah yang dilakukan Rasulullah s.a.w.


5. Lemah lembut dalam pergaulan.
    Manusia yang paling lembut dalam pergaulan ialah Nabi s.a.w.


6. Tidak menyalahkan orang lain di depan khalayak.
    Cara baginda menegur seseorang ialah baginda tidak akan melakukan di depan khalayak ramai atau menyebut namanya.


Inilah yang dilakukan Nabi s.a.w. yang berjaya menarik generasi Mekah, Madinah dan sekitarnya.




Thursday, October 27, 2011

Purest of Pain

Nampaknya, saya cenderung untuk menulis di sini seperti diari sendiri. Tapi, blog nie bukan private, jadi saya perlu baca semula sebelum publish entri nie.


Purest of Pain.
A post from someone in my facebook news feed. If I say, don't be in pain as you will step into the next stage of life, I'll be so selfish. Ironiknya, saya begitu memahami bagaimana perasaan yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Termenung jauh di malam yang gelap.


Tahukah apa yang dimaksudkan dengan 'jiwa yang tersungkur jatuh'? It's like you fall into a deepest ocean in the world. Or it's like you're in vain.

I never stop saying to myself... tabahkan diri, kuatkan hati... Bangkit semula daripada jatuh. Tak apa, walaupun terlalu perlahan. Bergembiralah dengan ujian yang menimpa, ujian yang ada itu bermakna Tuhan sayangkan kita. Banyak hikmah yang tersirat jika kita bersabar dengan apa yang melanda hidup kita.


So I believe, you will be fine and stronger than yesterday. Words from a good teacher : cry a river, build a bridge and get over it.



InsyaAllah, you will be happy, always.



D: After all this time?
S: Always. -HP





Tuesday, October 25, 2011

Back to My First Ever Blog

Thoughtless yet I'm still don't want to sleep.

***

Ada kata-kata yang sejak zaman sekolah rendah sampailah sekarang masih ingat.

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.


***

Teringat kat Hani yang ada di Terengganu. Dulu masa final year, selalu juga terdengar dia mengaji Quran sebelum subuh. Dia lah coursemate yang paling suka tidur awal. Last time melawat dia, rutin tu masih berlaku dalam hidup dia. Perkara yang paling saya suka tentang dia - lisannya juga baik. Susah lah nak keluar perkataan mengumpat/komen buruk terhadap orang lain.

Kalau Nabi s.a.w? Akhlaknya al-Quran.


***


Baiklah tidur sekarang walaupun dah lewat sangat nie... Pagi2 mesti bangun awal untuk study dan aktiviti2 yang mencergaskan badan dan cerdaskan minda. Jia you, Hamidah!

Monday, March 14, 2011

Isu Salam, a'kum, sembahyang atau solat


*Post lama telah ditarik balik.

1. Baca email forward, post yang orang share dalam Facebook guna akal. Nilaikan dengan ilmu, dan jangan forward dan share sesuatu yang kita tak berapa tahu sesuka hati.

2. Penjelasan selanjutnya di Blog Kereta Mayat.




Saya memohon maaf, dan selamat membaca.

Monday, January 17, 2011

Segmen luahan hati? :)

Ok, maybe saya pernah buat kot segmen luahan hati...

Sebenarnya ada blog personal pasal hal2 berkaitan diri ini, jadi sebelumnya tak cerita di sini... :)

Hmm... Ape yang nak diluah eh?? Lupa suda...

Apa tujuan saya buat blog nie? Populariti? Duit? Atau untuk kepuasan diri?
Tujuan dah jumpa. Tapi ilmu dalam diri masih belum cukup untuk di'share' dengan sesiapa sahaja yang singgah di sini. Amalan pun tak seberapa, bimbang dihisab jika nasihat yang disebar kepada orang lain tak diamal. Risau.... Mm.... jika blogging nie untuk main2, main cityville kat facebook pun dah cukup addicted. Lebih2 lagi a.p sentiasa bagi hadiah maya.. zoning permit? Hehe... Ok, stop. Mesmerizing tul game tu.... Baik climbing Gunung Kinabalu, ada juga bagus untuk jantung (akan tercapai dalam tahun nie).


~~siapa saya ~~

o budak comot (budak lagi ke...) yang sentiasa xkan putus asa untuk memperbaiki diri...
o walaupun dalam hati ini penuh dengan kesan duka lara, budak comot ini akan sentiasa cuba senyum pada orang sekeliling agar memberi keceriaan pada mereka dengan senyuman ini. :)

o Ok, dah 17 januari pun. Azam tahun ini?
mmm.... tak ditentukan lagi. Takpe, azam sepanjang hayat sudah mencukupi...

o Terpesona dengan akhlak seorang kawan yg tak tergoda dengan couple mapel + dating zaman remaja. Bila tengok amalannya, istiqamahnya, hatinya (tak dapat dilihat, hanya dapat dirasai) pada Tuhan, baru faham.... Pastinya bukan calang2 lelaki yang jatuh hati dengan dia nanti. Saya harap sehingga akhir hayatnya, dia istiqamah dengan amalannya penuh hati2 (sebab bukan senang nak jaga amalan yang baik2 nie, tul tak?). Hmm... Saya memang banyak kekurangn. Takpe, jangan putus asa.

o Mahu bersederhana dlm hidup.

o ok, itu je. ;)