*~Mari Menunaikan Solat~*

Tuesday, November 29, 2011

Gadis yang ganjil





Ayat main petik je daripada facebook... hehe..



Gadis yg berniqab, ganjil?
Gadis yg menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
Gadis yg melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
Gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
Gadis yg malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
Gadis yg pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
Gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
Gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
Gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
Gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
Gadis yg tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
Gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
Gadis yang ganjil?


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” (H.R. Muslim)




Hmm.... bukan senang nak jadi orang yang 'ganjil'. Lebih-lebih lagi jika kawan-kawan bukan dalam kelompok yang ganjil....

Akhirat lebih penting daripada dunia. Jika benar-benar sayangkan kawan2, kita sendiri yang sepatutnya berubah ke arah yang Allah sukai. Pengaruhi kawan2 dengan perbuatan dan kelakuan yang Tuhan redhai.







Jia you! *nak jugak taip nie kan..........

Saturday, November 26, 2011

Waktu pagi.




*Siang

Look at the sky. Cantik kan? Langit biru, nyaman mata memandang. Awan macam kapas putih yang sedang bergerak. Laju....tapi tak melebihi selaju pergerakan kapal terbang kat udara. Cahaya matahari yang cantik. Ops, jangan tengok matahari secara terus, boleh rosak mata. :p


Luar bilik, burung-burung sedang lepak di tepi tingkap. Comel. Ada yang terbang meluncur, ada yang terbang secara rawak, macam mabuk. Huhuh...


So, what's the point I post this entry? Memerhati alam kejadian Allah yang cantik dan indah nie dapat menenangkan diri, mendamaikan hati.


Peace......





Wednesday, November 23, 2011

Sad

Tears keep pouring out straight from my heart.
..but then I remember this advice from a friend:

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Diet dan tahap kerajinan penyelidikan


Diet


Kembali ke zaman matrix. 


Makan malam yang berat?
X
Lunch berat (nasi)?
/
Sarapan pagi (oat)
/
Puasa (sekurang-kurangnya seminggu sekali)?
/



Plus, no fast food. Sebab membazir, muak, menggemukkan, memalaskan diri.... Apa-apa je lah yang negatif. Hehhe... Ganti dengan kismis Rm 1 sebab nak menguatkan daya ingatan dan makan baik untuk kecerdasan minda.



Tahap kerajinan belajar atau buat penyelidikan:  1/9.


Berusaha lagi!
You can do it!


Jia you. :)


So it's raining..




Saya suka hujan... Mood akan menjadi lebih baik apabila hujan.

:)

Alhamdulillah, hujan nie menyejukkan bumi... Tak perlu nak buat kipas berputar laju-laju.
Mm... nak tau tentang hujan batu? Klik di sini------> Hail





Thursday, November 17, 2011

hihihi.....

Eh, nape tetibe gelak tergedik nie? :p
Ada kawan baru dari Yaman, mulai bulan nie, tinggal depan bilik. Baru habis berborak dengan dia. Namanya simple je... Aida.

Berbelit juge ler lidah nak speking london nie. Apo kono eh... gagap.    Nervous? Bantai je lah.... Asalkan keluar bunyi. Tapi bukan bunyi semut.

Her english is so much better than me. It's okay though, I can still be able to communicate as long as both of us understand what we are trying to say. I remember she said this:

"Language is practice."

Profound advice. :)) Thank you very much. 


Monday, November 14, 2011

Wish List






1. Belajar menjahit. Sekarang nie cuma tau jahit bahagian yang tertetas atau koyak je. Target:  mampu jahit baju kurung sendiri. Beli mesin jahit. <-- kumpul duit.

2. Praktis memasak. Cuma ada peluang bila balik rumah. Kat kolej, terhad dan kalau selalu guna periuk nasi untuk masak segala, memang suatu hari nanti akan kantoi juga. Jadi, bila balik rumah, conquer dapur. The choice of menu, let they choose, negotiable. Hehe..

3. Hafal Quran. Dah lama nak hafal, tapi banyak halangan sebelum nie. Sekarang mulakan dengan surah2 lazim, surah al-kahfi, surah yaasin.

4. Useful PhD with 5 impact factor journal paper.

5.  Jadi cantik (tersembur!). Jadi kemas, sihat dan bersih sudah.....

6. Improve soft skill. Aduh... Cari kelas bercakap bahasa inggeris. British council? Hmm.... +-RM600 kot. Kumpul duit. Buat masa sekarang praktis sorang2 je dulu. atau cakap ngan foreigner iranian/negro yg tak reti cakap bahasa melayu.


Jia you!


Sunday, November 13, 2011

Dosa







"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."



Tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah....









Ingat mati.






Hari ini, terasa nak pergi sangat2 ke persembahan tu. Tapi fikir baik dan buruknya, langkah terbaik adalah tinggal di bilik sahaja. :')


Tok cu baru sahaja meninggal hari khamis lepas. Rasa terkilan sebab tak meluangkan masa dengan tok cu lebih lagi sebelum nie. Masa kecik2 dulu, memang selalu juga tinggal kat rumah tok cu, main-main kat situ. Tok cu seorang yang baik hati. Dia start sakit jantung sejak saya sekolah rendah lagi.


Buah pinggang dah tak dapat diselamatkan lagi. Keadaan tok cu kritikal selepas didapati paru-paru berair/dijangkiti kuman....

Tarikh meninggal: Khamis, 10 November 2011. Masa: 8:16 pagi. Salah tau sebab kematian: Septic stroke. Harman bin Yeob/ Khatijah.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.


Semoga dosa-dosa tok cu diampunkan dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman, insyaAllah.




Friday, November 4, 2011

Bila nak siapkan artikel jurnal?


Pukul 11 pm! Jia you, Mida. You can do it.