*~Mari Menunaikan Solat~*

Monday, October 31, 2011

Cinta Fitrah dan Istighfar






'Cinta fitrah akan tetap fitrah apabila ia berhias istighfar dan mujahadah.'




Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali setiap hari." (Riwayat Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada 70 kali." (Riwayat al-Bukhari)






Sunday, October 30, 2011

Teknik Komunikasi Rasulullah s.a.w.





Daripada rancangan Law Kana Bainana.
(Andai Rasulullah bersama kita.)




Tak dapat tengok video? Jom baca intipati di bawah:


Interaksi sesama manusia adalah satu seni. Seni ini perlu dikuasai oleh seseorang yang ingin mempengaruhi orang lain. Rasul kesayangan kita s.a.w. memiliki seni tersebut. Baginda tahu teknik pergaulan yang berjaya mempengaruhi orang lain.



Seni interaksi Rasulullah s.a.w.:


1. Persamaan. 
    Cuba untuk mengikut rentak orang di hadapan anda.


2. Senyuman. 
    Senyuman mampu mencuri hati orang lain. Rasulullah s.a.w. sentiasa memberikan senyuman setiap kali salah seorang sahabat bertemu dengannya. Sehinggakan Nabi s.a.w. digelar sebagai "Wajah yang sentiasa tersenyum".

   Sebahagian kita mempercayai Rasulullah sentiasa dalam keadaan bersedih. Tidak, Rasulullah tidak begitu. Sebenarnya, Nabi s.a.w. sentiasa bersenyum. Kesedihan dan kemarahan hanya berlaku dalam beberapa situasi tetapi bukan menjadi kebiasaan baginda.


3. Memberikan perhatian kepada orang lain. 
    Iaitu memperlihatkan kesungguhan dan hormat kepada seseorang.

    Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. jika dia menoleh, dia akan menggerakkan seluruh badannya.


4. Berkongsi keprihatinan orang lain.
    Perkara penting yang mampu mempengaruhi orang lain ialah melihat kecenderungannya. Bicara perkara yang dia suka. Begitulah yang dilakukan Rasulullah s.a.w.


5. Lemah lembut dalam pergaulan.
    Manusia yang paling lembut dalam pergaulan ialah Nabi s.a.w.


6. Tidak menyalahkan orang lain di depan khalayak.
    Cara baginda menegur seseorang ialah baginda tidak akan melakukan di depan khalayak ramai atau menyebut namanya.


Inilah yang dilakukan Nabi s.a.w. yang berjaya menarik generasi Mekah, Madinah dan sekitarnya.




Thursday, October 27, 2011

Purest of Pain

Nampaknya, saya cenderung untuk menulis di sini seperti diari sendiri. Tapi, blog nie bukan private, jadi saya perlu baca semula sebelum publish entri nie.


Purest of Pain.
A post from someone in my facebook news feed. If I say, don't be in pain as you will step into the next stage of life, I'll be so selfish. Ironiknya, saya begitu memahami bagaimana perasaan yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Termenung jauh di malam yang gelap.


Tahukah apa yang dimaksudkan dengan 'jiwa yang tersungkur jatuh'? It's like you fall into a deepest ocean in the world. Or it's like you're in vain.

I never stop saying to myself... tabahkan diri, kuatkan hati... Bangkit semula daripada jatuh. Tak apa, walaupun terlalu perlahan. Bergembiralah dengan ujian yang menimpa, ujian yang ada itu bermakna Tuhan sayangkan kita. Banyak hikmah yang tersirat jika kita bersabar dengan apa yang melanda hidup kita.


So I believe, you will be fine and stronger than yesterday. Words from a good teacher : cry a river, build a bridge and get over it.



InsyaAllah, you will be happy, always.



D: After all this time?
S: Always. -HP





Tuesday, October 25, 2011

Back to My First Ever Blog

Thoughtless yet I'm still don't want to sleep.

***

Ada kata-kata yang sejak zaman sekolah rendah sampailah sekarang masih ingat.

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.


***

Teringat kat Hani yang ada di Terengganu. Dulu masa final year, selalu juga terdengar dia mengaji Quran sebelum subuh. Dia lah coursemate yang paling suka tidur awal. Last time melawat dia, rutin tu masih berlaku dalam hidup dia. Perkara yang paling saya suka tentang dia - lisannya juga baik. Susah lah nak keluar perkataan mengumpat/komen buruk terhadap orang lain.

Kalau Nabi s.a.w? Akhlaknya al-Quran.


***


Baiklah tidur sekarang walaupun dah lewat sangat nie... Pagi2 mesti bangun awal untuk study dan aktiviti2 yang mencergaskan badan dan cerdaskan minda. Jia you, Hamidah!