*~Mari Menunaikan Solat~*

Tuesday, July 7, 2009

Risiko kanser daripada spotlight?






Apabila malam menjelma, anda akan switch on lampu-lampu di rumah, bilik dan sebagainya. Namun terdapat teori yang mula mendapat sokongan beberapa tahun kebelakangan ini bahawa cahaya buatan pada waktu malam boleh menyebabkan kepada kanser. Ini mungkin adalah kerana cahaya tersebut melambatkan penghasilan hormon melatonin, sejenis hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal yang terdapat dalam otak manusia, berfungsi mengatur rentak-rentak biologi badan termasuklah kitaran tidur. Malah, pendedahan yang singkat terhadap cahaya buatan ini juga boleh menyekat penghasilan melatonin. Baru-baru ini, dua kajian telah dilakukan dan menyokong teori ini.






University of Haifa di Israel telah menganalisis ukuran-ukuran satelit ke atas cahaya lampu ketika malam dan kadar kanser di 164 negara. Keputusannya? Negara yang bercahaya paling cerah mempunyai kadar kanser prostat yang paling tinggi, iaitu lebih dari sekali ganda daripada negara-negara yg paling samar cahayanya pada waktu malam. Sementara itu, beberapa penyelidik dari Harvard University telah melakukan kajian, dan mendapati lebih daripada 18,000 wanita yang telah menopaus dengan tahap-tahap melatonin yang terendah ketika malam adalah lebih 60% berisiko menghidap kanser payudara.









Jadi, fikirkan. Bagaimana hendak meminimumkan risiko kanser yang mungkin terjadi apabila terdedah dengan lampu moden ini? Minimumkan penggunaan lampu ketika anda tidur. Jika anda tinggal di sebelah jalan yang cerah (akibat cahaya lampu2 jalan), gunakan langsir atau apa2 yang boleh menghalang anda terdedah secara terus daripada cahaya tersebut. Penggunaan mentol merah merupakan yang terbaik: Ini adalah kerana panjang gelombang merah dapat mengurangkan pemendakan hormon tersebut.


Maklumat dipetik daripada Reader's Digest July 2009.





p/s: saya pun harus mengubah tabiat memasang lampu ketika tidur... :p

3 comments: